REFLEKSI DIRI
Assalamualaikum,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca tentang refleksi diri saya. Pada mulanya saya menganggap subjek dinamika yang saya belajar di Matrikulasi Perlis adalah sesuatu yang membebankan dan membuang masa. Pada hari pertama saya menjejakkan kaki ke kelas dinamika, saya berkenalan dengan salah seorang guru dinamika di KMP iaitu Pn.Norlida. Pada hari itu kami berkenalan sesama sendiri secara ringkas, contohnya nama, asal, hobi dan cita-cita. Kemudian Pn.Norlida menceritakan pengalaman mengajar dinamika sebelum kedatangan kami.
Pada akhir kelas kami diminta untuk menyediakan satu video yang menceritakan tentang diri kami dan akan dipertontonkan dihadapan semua ahli kelas. Di dalam video tersebut kami diminta memberitahu nama, tempat tinggal, asal, pekerjaan ibu bapa, analogi diri(menganggap diri sebagai apa), dan juga pengalaman yang menyebabkan titik tolak diri saya.
|
Video pengenalan diri saya
Saya berusaha untuk membuat video ini sebaik mungkin kerana saya tidak mempunyai keyakinan untuk bercakap depan orang ramai sehinggakan mengambil masa berhari-hari untuk menghasilkan video ini. Hasil daripada video yang saya hasilkan saya mendapat komen yang membangun dari penghasilan video ini daripada pensyarah dinamika. Komen yang diberikan membuatkan semangat untuk meningkatkan keyakinan diri semakin meningkat.
Selepas tamat projek video pengenalan diri ini, kami diberi tugasan baru yang lebih mencabar dan memerlukan kerjasama yang tinggi antara ahli kumpulan. Projek yang saya maksudkan adalah melancarkan kempen "Selfish kah aku?". Dimana kami sekelas perlu berkerjasama untuk menyediakan dari menghasilkan video untuk ditontonkan semasa pelancaran kempen tersebut. Semua ahli projek terlibat dalam penghasilan video tersebut di mana masing-masing perlu memberanikan diri apabila berhadapan dengan kamera dan orang ramai. Pelancaran kempen ini juga dijayakan 100% oleh kami sendiri dimana saya ditugaskan untuk mengacarakan majlis tersebut.
|
Penghasilan video ini dapat mengeratkan hubungan antara saya dan ahli kelas dari segi komunikasi kerana penghasilan video ini memerlukan gabungan idea antara ahli. Selain itu, bagi saya untuk menjadi seorang pengacara adalah sesuatu yang mencabar kerana perlu memimpin sesuatu majlis dan memastikan majlis berjalan dengan lancar. Menjadi seorang pemimpin bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan kreativiti tersendiri untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang mendatang. Hasil dari pengacaraan, saya dapat belajar bahawa seorang pemimpin perlu berkomunikasi dan bertanya pendapat dengan ahli kumpulan lain kerana tanpa ahli tiada gunanya seorang pemimpin. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan kami menerima komen yang positif daripada Pn.Norida.
Tugasan yang seterusnya adalah pengucapan umum dengan tajuk "Tips mengeratkan hubugan kekeluargaan, dimana saya perlu menyediakan power point untuk membentangkan dan bercakap dihadapan ahli kelas dan pensyarah. Saya berusaha menyediakan power point dengan sebaik mungkin walaupun saya tidak biasa menggunakannya. Saya juga membuat perucapan yang sebaik mungkin kerana sebelum ini saya tidak berani untuk bercakap di hadapan orang ramai.
Saya mendapat komen yang positif dan juga nasihat daripada pensyarah tentang pengucupan umum yang telah saya lakukan dan komen daripada rakan sekelas. Komen-komen ini telah membuka cara pemikiran saya bahawa apabila membuat pengucapan dihadapan orang awam kita tidak boleh terlalu serius dan juga terkadang perlu juga membuat lawak untuk menarik perhatian pendengar.
|
Sehingga saat ini, saya merasakan bahawa keyakinan dalam diri saya semakin meningkat.Antara kerja yang saya dapat lihat impaknya pada diri saya adalah pembuatan video pengenalan diri, pembuatan video kelas yang bertajuk "Selfish Kah Aku?".Di mana, sempena tayangan video tersebut saya ditugaskan untuk menjadi pengacara dalam majlis tersebut.Sebelum ini saya tidak mempunyai keyakinan untuk bercakap di hadapan orang ramai walaupun dalam kelas tutoran.Saya, juga mendapat impak besar semasa membuat projek pengucapan umum dimana, saya perlu membentangkan ucapan yang bertajuk "Tips Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan".Walaupun saya mendapat komen yang agak tidak memuaskan tetapi saya berbangga kerana masih mampu membuat pembentangan dan saya akan mengambil segala komen yang diberikan untuk meningkatkan dan memperbaiki diri pada masa akan datang.
done... syahirah..cb tambah gambar dan huraian sedikit lagi
ReplyDelete