TIPS MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN
Assalamualaikum,
Di era globalisasi yang serba moden ini,kita selalu terlupa dan alpa tentang menjaga hubungan kekeluargaan dalam kehidupan kerana kita terlalu sibuk dengan kerja,gajet,kelas dan kawan.Impaknya, kita akan semakin berenggang dengan keluarga.
Disini, saya ingin kongsikan tentang tips mengeratkan hubungan kekeluargaan.Antaranya:
Menghabiskan waktu bersama
Para ibu bapa dan anak-anak perlulah meluangkan sedikit masa bersama-sama paling kurang 3 kali seminggu,itu memberi pesan kepada ahli keluarga bahawa kita peduli dan menganggap mereka adalah insan yang terpenting dalam hidup kita.Antara aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan adalah membawa keluarga berkelah di tepi pantai.
Perkukuhkan pegangan agama
Ibu bapa perlulah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak supaya anak akan berasa takut untuk melakukan sesuatu yang tak baik contoh nya melawan kata ibu bapa dan merempit.Ibu bapa yang tidak mempunyai masa untuk mengajar anak-anak tentang agama boleh menghantar anak-anak ke sekolah KAFA kerajaan atau swasta.Jika pasangan memiliki ajaran agama yang tinggi pasti dapat membahagiakan ahli keluarga.Contohnya,seorang isteri yang mengetahui tanggungjawabnya akan melakukan sebaik mungkin untuk suami dan ahli keluarga dan suami yang mengetahui hak isteri seperti memberi nafkah jika beliau menunaikannya pasti akan membuat isteri berasa dihargai.
Saling bertolak ansur
Ibu bapa mahupun anak-anak perlu saling bertolak ansur antara satu sama lain supaya sesuatu masalah itu tidak diperbesarkan. Selain itu, anak-anak perlulah mendengar kata ibu bapa yang lebih 'makan garam daripada kita', pastinya ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kemudian, ibu bapa juga jangan terlalu mengongkong hidup anak-anak terutama sekali anak-anak yang sedang meningkat remaja kerana anak-anak yang sedang meningkat remaja mempunyai keinginannya yang tersendiri, mengongkong menyebabkan anak-anak rimas dan mungkin rasa terpenjara dan seterusnya akan menyebabkan mereka memberontak contohnya, lari dari rumah atau melawan kata ibu bapa. Tapi jangan lah pula terlalu membiarkan anak-anak keluar tanpa had kerana ia akan membuatkan anak-anak berfikir bahawa ibu bapa tidak kisah jika mereka melakukan apa sahaja walaupun ianya salah dari segi undang-undang ataupun agama.

Sampai disini sahaja tulisan blog saya pada kali ini,saya harap tips ini dapat membantu anda untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.Semuanya bermula dari diri anda sendiri, jika anda ingin berubah hanya anda yang dapat merubah diri anda.
"orang tua yang baik selalu mengajarkan anak untuk belajar erti kehidupan"
"orang tua yang baik selalu mengajarkan anak untuk belajar erti kehidupan"